Syirik Menghapuskan Semua Amal



Al-Quran dan Sunnah adalah pegangan kita umat Islam. 2 ayat Al-Quran ini mengingatkan kita tentang bahaya syirik.

Seseorang yang banyak beramal seperti solat , puasa , zakat , sedekah dan lain -lain, apabila di dalam hidup dia membuat syirik besar dan tidak sempat bertaubat sebelum dia mati , maka seluruh amalannya akan terhapus. 
Hal ini sangat penting sehingga Allah mengingatkan hal ini kepada nabi walaupun begitu banyak amalan para nabi berbanding dengan kita manusia biasa. 
Contoh-contoh syirik besar adalah:
  • Bernazar pada selain Allah
  • Tawaf mengelilingi kubur sambil berdoa meminta pada penghuni kubur
  • Berdoa memohon pada orang yang sudah mati 
  • Mencintai selain daripada Allah sebagaimana kecintaannya pada Allah
  • Meminta perlindungan (isti’adzah) pada selain Allah
  • Menjadikan perantara selain Allah antara dirinya dengan Allah dan bertawakkal padanya.
*JAUHI SYIRIK*


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk Tandas dan Doa Keluar Tandas

Ramai Tidak Semestinya Benar.

Menyelat-nyelat kaki semasa wuduk. Wuduk Mazhab Syafie.