Ramai Tidak Semestinya Benar.


Mengikut atau menuruti mereka yang ramai atau majoriti itu bukanlah petanda berada di atas kebenaran.

Allah telah mengkabarkan perkara ini di dalam Al-Quran Surah Al-An'am ayat 116 seperti berikut :

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
(Sura Al-An'am, Ayah 116)

Dikalangan manusia zaman ini , ada yang menyangka apabila dia membuat sesuatu perkara atau amalan , dia mendapati masyarakat disekeliling hampir semuanya membuat perkara yang sama maka dia berada di atas kebenaran. Ini adalah pemikiran yang tidak benar.

Sebagai contoh , ramainya wanita-wanita yang membuka aurat , ia tidak memberi makna dan gambaran bahawa membuka aurat itu adalah kebenaran.

Ramai atau sedikit bukanlah indikasi atau petunjuk kebenaran.

Dalam situasi lain pula , amalan yang ramai laksanakan juga boleh menjadi perkara yang benar. Contohnya ramai umat Islam berpuasa di bulan ramadhan , ia adalah kebenaran.

Oleh itu , samada ramai yang melakukan sesuatu perkara atau amalan , atau sedikit yang melaksanakanya bukanlah kayu ukur amalan itu betul atau salah.

Yang benarnya , kita semua sebagai hamba Allah mengikuti Al- Quran dan Sunnah , bukannya mengikut manusia yang ramai.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk Tandas dan Doa Keluar Tandas

Menyelat-nyelat kaki semasa wuduk. Wuduk Mazhab Syafie.