Menyelat-nyelat kaki semasa wuduk. Wuduk Mazhab Syafie.

Di dalam Kitab Fiqh Mazhab Syafiee ada bab berkenaan dengan wuduk. 

Jika diteliti, semasa membasuh kaki diterangkan tentang menyelat-nyelat diantara jari-jari kaki menggunakan jari kelingking. Hal ini tidak biasa dilihat dilakukan semasa berwuduk.

Hal ini di dalam kitab tersebut bersesuaian dengan dalil berikut :

* إِذَا تَوَضَّأَ دَلَكَ أَصَابِعَ رِجْلَيْهِ بِخِنْصَرِهِ *
“Jika beliau shallallahu ‘alaihi was sallam berwudhu, beliau menggosok jari-jari kedua kakinya dengan jari kelingkingnya”.

HR. Tirmidzi no. 40, Abu Dawud no. 148, hadits ini dinyatakan shohih oleh Al Albani dalam takhrij beliau untuk Sunan At Tirmidzi.


Inilah pandangan seorang Imam yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Sebagai pengikut-pengikut mazhab Syafiee, adalah wajar untuk mempelajari kitab-kitab beliau supaya lebih mendekati sunnah dan bukan sekadar mengakui bermazhab Syafiee tetapi tidak mengetahui pandangan-pandangan beliau.

Bahkan mempelajari mazhab-mazhab imam lain juga menjadikan seseorang itu memahami perbezaan pandangan pendapat antara imam-imam mazhab.

Jika diamati, persamaan pendapat adalah sangat banyak antara mazhab dan sedikit sahaja perbezaan pendapat. Mereka imam-imam mazhab juga sebenarnya tidak berbalah kerana perbezaan pendapat, tidak seperti masyarakat kini yang tidak mahu merai perbezaan pendapat dan berkeras cuma dengan pandanganya sahaja.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk Tandas dan Doa Keluar Tandas

Ramai Tidak Semestinya Benar.