Posts

Showing posts from October, 2018

Berkata Benar Walau Pahit

عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنِى خَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- بِسَبْعٍ أَمَرَنِى بِحُبِّ الْمَسَاكِينِ وَالدُّنُوِّ مِنْهُمْ وَأَمَرَنِى أَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ دُونِى وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقِى وَأَمَرَنِى أَنْ أَصِلَ الرَّحِمَ وَإِنْ أَدْبَرَتْ وَأَمَرَنِى أَنْ لاَ أَسْأَلَ أَحَداً شَيْئاً وَأَمَرَنِى أَنْ أَقُولَ بِالْحَقِّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا وَأَمَرَنِى أَنْ لاَ أَخَافَ فِى اللَّهِ لَوْمَةَ لاَئِمٍ وَأَمَرَنِى أَنْ أُكْثِرَ مِنْ قَوْلِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ مِنْ كَنْزٍ تَحْتَ الْعَرْشِ Dari Abu Dzaar, ia berkata, “Kekasihku Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan tujuh hal padaku: (1) mencintai orang miskin dan dekat dengan mereka, (2) beliau memerintah agar melihat pada orang di bawahku (dalam hal harta) dan janganlah lihat pada orang yang berada di atasku, (3) beliau memerintahkan padaku untuk menyambung tali silaturahim (hubungan kerabat) walau kerabat tersebut bersikap kasar, (4) beliau memerintahkan padaku a

Keadaan Tangan Ketika Rukuk Semasa Solat

Image
Al Quran Dan Sunnah adalah panduan bagi umat Islam. Di dalam Al Quran terdapat banyak perintah tentang menunaikan solat. Tatacara solat pula banyak terdapat di dalam hadis-hadis. Semasa rukuk, kedua tangan diletakkan di lutut, jari-jemari direnggangkan seakan-akan menggenggam kedua lutut. Hal di atas berdasarkan hadis-hadis berikut: فَلَمَّا رَكَعَ وَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ “ Ketika rukuk, ia meletakkan kedua tangannya pada lututnya. ”  (HR. Abu Daud no. 863 dan An Nasai no. 1037. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan). فَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ كَفَّيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ وَفَرَّجَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ “ Jika rukuk, beliau meletakkan dua tangannya di lututnya dan merenggangkan jari-jemarinya. ”  (HR. Abu Daud no. 731. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini shahih). ثُمَّ رَكَعَ فَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ كَأَنَّهُ قَابِضٌ عَلَيْهِمَا “ Kemudian beliau rukuk dan meletakkan kedua tangannya di lutut

Syirik Menghapuskan Semua Amal

Image
Al-Quran dan Sunnah adalah pegangan kita umat Islam. 2 ayat Al-Quran ini mengingatkan kita tentang bahaya syirik. Seseorang yang banyak beramal seperti solat , puasa , zakat , sedekah dan lain -lain, apabila di dalam hidup dia membuat syirik besar dan tidak sempat bertaubat sebelum dia mati , maka seluruh amalannya akan terhapus.  Hal ini sangat penting sehingga Allah mengingatkan hal ini kepada nabi walaupun begitu banyak amalan para nabi berbanding dengan kita manusia biasa.  Contoh-contoh syirik besar adalah: Bernazar pada selain Allah Tawaf mengelilingi kubur sambil berdoa meminta pada penghuni kubur Berdoa memohon pada orang yang sudah mati  Mencintai selain daripada Allah sebagaimana kecintaannya pada Allah Meminta perlindungan (isti’adzah) pada selain Allah Menjadikan perantara selain Allah antara dirinya dengan Allah dan bertawakkal padanya. *JAUHI SYIRIK*

Doa Masuk Tandas dan Doa Keluar Tandas

Image
Ramai sudah hafal doa masuk tandas tetapi tidak hafal doa keluar tandas. Doa keluar tandas yang terdapat dari hadis riwayat Abu Dawud , Ibn Majah , Tirmizi dan Nasa'i sangat mudah dan ringkas untuk dihafal dan diamalkan. Moga dengan lafaz doa ini meminta keampunan dari Allah menjadikan pengamal doa ini diampunkan dosa-dosanya. Sama-samalah kita beramal berpandukan Al-Quran dan Sunnah,

Menyelat-nyelat kaki semasa wuduk. Wuduk Mazhab Syafie.

Di dalam Kitab Fiqh Mazhab Syafiee ada bab berkenaan dengan wuduk.  Jika diteliti, semasa membasuh kaki diterangkan tentang menyelat-nyelat diantara jari-jari kaki menggunakan jari kelingking. Hal ini tidak biasa dilihat dilakukan semasa berwuduk. Hal ini di dalam kitab tersebut bersesuaian dengan dalil berikut : * إِذَا تَوَضَّأَ دَلَكَ أَصَابِعَ رِجْلَيْهِ بِخِنْصَرِهِ * “Jika beliau shallallahu ‘alaihi was sallam berwudhu,  beliau menggosok jari-jari kedua kakinya dengan jari kelingkingnya ”. HR. Tirmidzi no. 40, Abu Dawud no. 148, hadits ini dinyatakan  shohih  oleh Al Albani dalam takhrij beliau untuk Sunan At Tirmidzi. Inilah pandangan seorang Imam yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai pengikut-pengikut mazhab Syafiee, adalah wajar untuk mempelajari kitab-kitab beliau supaya lebih mendekati sunnah dan bukan sekadar mengakui bermazhab Syafiee tetapi tidak mengetahui pandangan-pandangan beliau. Bahkan mempelajari mazhab-mazhab imam lain juga menjadika

Ramai Tidak Semestinya Benar.

Image
Mengikut atau menuruti mereka yang ramai atau majoriti itu bukanlah petanda berada di atas kebenaran. Allah telah mengkabarkan perkara ini di dalam Al-Quran Surah Al-An'am ayat 116 seperti berikut : وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Sura Al-An'am, Ayah 116) Dikalangan manusia zaman ini , ada yang menyangka apabila dia membuat sesuatu perkara atau amalan , dia mendapati masyarakat disekeliling hampir semuanya membuat perkara yang sama maka dia berada di atas kebenaran. Ini adalah pemikiran yang tidak benar. Sebagai contoh , ramainya wanita-wanita yang membuka aurat , ia tidak memberi makna dan gambaran bahawa